Assalamualaikum !!!
Selamat Datang and Welcome to kampung Genting esspecially my BLOG ... just to get together and latest update about our kampung .In other words to ensure our Siratul rahim will be last forever with good spirit and be united ... ..so hope all of you will enjoy to surf .
Any suggestion please direct or forward to me .......

Monday, July 21, 2008

Al Fatihah ..

ZAMZARI .. dalam kenangan . 15 tahun tak jumpa kot ..

Pagi tadi aku singgah di rumah Arwah member lama .Al Fatihah semoga Allah meletakkan beliau bersama sama orang suhada. Arwah Aku kenal di Robert Bosch dan adik arwah Marzuki satu Badge dengan aku semasa di Politeknik.. Arwah baru berumur 42 Tahun muda lagi aku muda sikit .. dari cerita arwah tak dak sakit apa pon lepas coaching main bola untuk kilang dia masa dok relex arwah sesak nafas dan dihantar ke hospital . Mungkin masa dah tiba yang hidop pasti mati dan tidak dapat lari dari seruan illahi .


Kita yang masih hidop nih patutlah insaf dan berlaku baik semasa hayat dikandung badan kerna hidup dan mati adalah ketentuan Allah . Mungkin esok lusa atau ketika ini semua boleh terjadi atas ketentuan Allah .

Balik pada arwah yang aku kenali beliau memang periang rabung gila , tak dak problem dengan dia nih boleh dikatakan beliau memang bagi member lain happy . Tak senyum pon macam senyum .Kenangan konvoi ke Lumut aku kena tolak motor arwah dari Lumut sampai Penang memang dalam kenangan .. memang challenging giler .Tapi macammana pon berjaya sampai sg Tiram. Gambar dengan arwah entah ader ker tidak. apa pon dalam ingatan aku masih segar.


ok untuk Family arwah dan Marzuki redahkanlah permegian ini atas pangilan Illahi ,bersamalah kita memancatkan doa semoga roh arwah dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama para suhada . Al Fatihah.



Nih gambar masa Konvoi ke Lumut , dah lama gambar nih yang aku save dulu buat kenangan.Masa nih tengah muda lagi 20an .Bujang lagi.

My Family



Macam orang selalu kata " Rumah ku Syurga Ku " . Nih la Keluarga Besar aku walaupon tak cukup besar tapi rasa macam dah cukup besar . Mama dia kata tak larat dah ... mana tidak tengah dok relax tau -tau mai sorang lagi . pehhh dengan aku sekali kena jaga malam balik .
Untuk yang kecik nih la banyak yang aku buat dari bagi mandi ,tukar lampin pokoknya semualer aku buat . Kalau dulu semua orang tolong Mak aku lah Mak mentua la Nenek dia orang la , bleh la aku relax sikit . Tapi untuk had no.5 terpaksa la aku kena buat sebab mak aku mak mentua semua dah tak larat .

Kalau kerenah nih memang pening kepala , semuanya akal banyak .. baca buku semua tak mau tanya cita-cita macam-macam yang tu mau yang nih mau tapi habuk pon tarak . La nih depa dok syok bela ikan , Dalam rumah luar rumah ,kat dapor semua ada ikan sampai dalam bilik mandi pon ada ikan ...

Had no.1 n no.2 Faza n Faris dok gila nak p belajar Tomoi plak , Faidhi aku tak bagi p sebab kecik lagi sungguh badan dia besar takut esok depa tomoi aku plak . so far nih depa ok .
Yang pompuan senang jaga sikit tu pon kalau main dengan abg-abg dia pon jadi macam abg dia la jugak tapi last-last mesti dengaq keriau dulu (menanggis la tu ) baru depa habih main .
Anak-anak aku nih kalau tanya semua tak tau , had depa baru buat pon kalau tanya tak tau .
Kalau suruh buat kerja tu semua nanti sat .. aku dulu pon macam tu jugak kot sebab tu turun ke anak.Mama depa kalau beleter aku pon tak tahan sebab tu kalau mama depa dok Marah-marah aku suruh depa belah sebab aku pon tak boleh tahan . Gila laser habih ...
OK la ..apa pon tanpa Isteri dan anak-anak siapa la aku . Untuk Family ku .. Thank 4 everything . Andainya aku telah tiada kenangilah detik-detik ketika kita bersama .Aba bangga menjadi Suami dan ayah pada kamu semua , andai ada yang terkurang dan salah silap harap maafkan Aba kerana sebagai manusia kita pasti ada kelemahan secara sedar atau tidak.
Nasihat untuk anak-anak Aba "Belajarlah untuk Kejayaan Diri demi Agama,Keluarga,Bangsa dan Negara".


Dari kiri :Muhammad Faidhi,Muhammad Faris, Shafizi,Nurfilzahanis,Maslinda ,
Muhammad Faza.

Muhammad Faiz 6 bulan latest ...

Nurfilzahanis 6 Tahun , di sekolah nama Zahanis ( nama China )


Muhammad Faidhi 10 Tahun ,
Sekolah Rendah Kebangsaan Genting ,
Balik Pulau , Pulau Pinang.


Muhammad Faris 13 tahun , Sekolah Menengah Seri, Balik Pulau,Pulau Pinang.


Muhammad Faza 15 tahun ,Sekolah Menengah Seri ,Balik Pulau,Pulau Pinang .

Sunday, July 20, 2008

Solat Qasar dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu). iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram. iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib. ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'. ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram. iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu. iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua. v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Friday, July 18, 2008

Confius !!! Banyak yang confius tentang ini ..

Saje nak bagi tau sebenarnya memang ader kekeliruan disini sebab ketua kampung antara Kg Genting dan Kg Terang nih .. cerita dia lagu nih . Ketua kampung Genting memang tinggal di Kg Terang dan Ketua Kampung Terang tinggal di Kg Genting .

Tapi hakikatnya mereka memerintah di kampung yang lain sebabnya kg Genting dan Kg Terang nih sememangnya mempunyai sejarah yang unik dan penduduknya pun sememangnya unik jugak .Boleh kata 70% penduduk Kg Genting tinggal di Kampung Terang dan lebih kurang 30% penduduk Kg Terang plak tinggal di Kg Genting .

Ini semua terjadi mungkin kerana Tanah pemilikan , dan mungkin kerna Kg Genting dan Kg Terang nih dulunya memang asal satu Kampung . Dik kerna fahaman yang berbeda mungkin juga Kg ini terpisah menjadi dua tapi hakikatnya masih bersaudara dekat .

Memang confius terutama bila ader Kenduri sebelah menyebelah dan kematian . Jenazah yang tinggal di Kg Terang tapi disimpan di Kg Genting , had Di Kg Genting tapi jenazah di simpan di Kg Terang .

Mungkin orang luar akan melihat ini dengan rasa pelik dan mungkin jugak lucu tapi itulah hakikatnya , untuk orang kg Terang dan kg Genting dah tak jadi masaalah .... small matter
.Pening pon pening lah .


Ketua Kampung Genting .
Qaryah Kampung Genting.
Pengerusi : Encik Othman Bin Yean
80 Mk J, Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.


Ketua Kampung Terang.
Qaryah Kampung Terang.
Pengerusi : Tuan Haji Saad Bin Haliff
343, Mk J, Kampung Genting
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.
Kalau ader yang baru tak tau la plak .. nih had lama la kot ..
Pengerusi : Encik Othman Bin Yean
80, Mk J, Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.
Pengerusi : Tuan Haji Abdul Hamid Bin Abu Hassan
156, Mk J Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

Dimana lagi ada Kg Genting ?

Dalam dok search kg genting nih aku perasan dalam Malaysia nih bukan kampung aku aja yang nama Kg Genting ,rupanya banyak lagi so kat bawah tu ader la tiga tempat yang aku jumpa satu di Pahang, 2 di Selangor Klang& Batang Kali . So Kena la aku promote kuat lagi Kg Genting , Balik Pulau , Pulau Pinang . Mungkin sejarah nya yang berbeda .. tapi orangnya orang Malaysia jugak .

Kg . Genting , Pulau Tioman
http://portal.pahangtourism.org.my/?act=acco&cat=17&page=6

Kg. Genting , Klang
http://www.dromoz.com/directory/wilayah_persekutuan/kuala_lumpur/postcode_53100/17555/

KG. GENTING MALIK, BATANG KALI, SELANGOR DARUL EHSAN
http://www.huluselangor.info/jkkk_online/jkkk_kg_genting_malik.htm

Wednesday, July 9, 2008

Pekan Genting or Simpang Empat.

Pekan Simpang Empat yang kini bertukar wajah , dengan terdirinya deritan kedai -kedai Baru ia telah merubah wajah pekan yang dulunya lebih kelihatan seperti Pekan Koboi. Dengan pertambahan penduduk sekitar wajah nya kini telah berubah .. Searis kedai lama telah dirobohkan untuk pembinaan Sekolah Agama . Kedai Kopi ,Kedai runcit Anuar , Kedai Gunting Rambut dan rumah kedai telah dirobohkan tak lama dulu untuk memberi laluan pada pembinaan Sekolah Agama.Hanya masa yang akan tentukan bila lagi kedai lama yang lain akan menerima nasib yang sama atas dasar pembangunan. Dengan harga yang melangkau ratusan ribu mampu kah kita orang Melayu bersaing ... aku ingat nak satu lot .














Tuesday, July 8, 2008

Masjid Kg Genting ...





Masjid Kg Genting mula dibina pada tahun 1960.Asalnya surau dan digantikan dengan Masjid .Pada masa itu hanya pagar jerjak besi sahaja yang menjadi dinding. Ada pokok buluh ditepi telaga disebelah kiri masjid.


Bentok asal nya tak ada balai lintang dikiri kanan,bumbung rasanya masih dalam bentuk asal cuma dulu pakai atap genting sekarang atap asbestos.


Banyak sejarah masjid nih , paling seronok Malam bulan puasa ... banyak yang dah lupa .Kalau siapa yang masih ingat tolong bagi comment ...




NAMA & SEJARAH KAMPUNG

Sejarah Kampung :
Kampung Genting telah diberi nama oleh orang-orang tua dahulu dari kedudukannya terletak dilurah bukit yang digunakan sebagai lorong penjalan kaki oleh orang-orang yang tinggal di Teluk Kumbar Bayan Lepas ,Sungai Batu adalah sangat sempit , Jadi kesempitan Lurah tersebut telah meyebabkan ia dipanggil “ GENTING “

Friday, July 4, 2008

Protes sejuta rakyat ..UMNO takkan buat nya..







Apakah protes rakyaat akan di dengar oleh seorang yang sedang tidor ..saya pantang dicabar ,tak tahu ,nanti kita siasat . Ini yang kerap kita dengar .Adakah ini realiti atau fantasi ,apa yang kita lihat dengan banyak keputusan flip flop yang dibuat mampukah rakyaat bertahan dengan sendiwara ini.

Turun la kalau tak mampu !!
Carilah jalan terbaik untuk Rakyaat .

Macam mana ko buat dekat Tun Sri Dr Mahathir ( Che Det ) itu lah yang ko kan dapat ,




Tengah dok cari ilham ....

Kenaikan harga Minyak


Kenaikan harga minyak , sememangnya isu ini begitu hangat diperkatakan tetapi dik kerna hangat lagi isu politik yang serba sidikit menengelamkan isu harga minyak ,adakah isu politik ini bertujuan untuk membutakan rakyaat atau sememangnya ia adalah isu politik ? kemelut penasihat PKR Anuar Ibrahim dengan isu LIWAT dan isu Najib dengan isu Altantuya telah mengurangkan impact rakyaat dalam mengatakan isu minyak dan kenaikan harga letrik .

Apakah suara rakyaat cuba ditenggelamkan oleh Pak Lah n KJ ? semuanya menjadi teka-teki apa pon dengan apa pon kontrovesi yang sedang melanda sedikit pon tidak menyelamatkan rakyaat marhain dari dibelenggu dengan masalah keewangan.
Media juga lesu dalam menterjemahkan masalah rakyaat yang rata-rata tersepit di tengah2
masalah yang bukan masaalah mereka.

Secara tak langsung telah mengheret aku dalam kancah masalah kewangan ... Terimakasih Pak Lah.