Selamat Datang and Welcome to kampung Genting esspecially my BLOG ... just to get together and latest update about our kampung .In other words to ensure our Siratul rahim will be last forever with good spirit and be united ... ..so hope all of you will enjoy to surf .
Any suggestion please direct or forward to me .......
Sunday, June 22, 2008
Titah Raja Muda Perak ...
petikan daripada titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada satu majlis di Kuala Kangsar, Perak, kelmarin.
Saturday, June 21, 2008
Kos Hospital Kerajaan.. Hospital Balik Pulau .
Baru nih anak aku jatuh basikal bawak ke klinik tapi Dr. klinik suruh la pi hospital sebab takut tulang kaki anak aku tu retak . Dekat klinik dia tak dak kemudahan x-ray.Aku pon bawak anak aku pi Hospital jam 9.30pm wad kecemasan ambik no. depan aku tu adalah 5 orang lagi awal pada aku .. tunggu la aku yang tak makan apa lagi sama la dengan anak aku . tau pukul berapa aku masuk check 11.50pm . Periksa lepaih tu suruh tunggu luar untuk x-ray . Had yang dok nak x-ray ader kat rumah .depa kena call baru dia bleh mai .. tunggu la aku dengan anak aku yang tak makan lagi pedih perut-perut . dalam 12.15am dia panggil dia cakap Dr. tak dak kena pi GH . aku tau la ader kecemasan masa aku sampai tadi pon depa dok layan kecemasan . Tak pa la lambat tak kisah lah .. Dia cakap aku kena mai esok untuk jumpa Dr. Ok la aku paham ..
Terpaksala aku ambil cuti plak , Esok pagi pukol 8.00am aku dah sampai ambik card dekat wad kecemasan lepas tu g la ambik x-ray cepat la jugak tak dak orang lepas tu g mbik no. Masa aku sampai dah no. 30 , aku bagi card aku dekat counter pi la duduk tunggu .. sampai no. 55 tapi no aku tak dapat lagi dah pukul 10.00am tension nya aku dok tengok had mai lambat pada aku dah dapat no. Nasib baik la aku dah buang aku punya panas baran aku ..relax la tunggu sat anak aku pon dah lentok . Tak boleh jadi aku terus p tanya , tengok card aku dah ada terus jer dapat .. punya tension yang aku dok tunggu punya la lama nak pi makan pon tak boleh . Lepas tu dapat la no .75 tak la jauh sangat boleh la p makan .. dekat pukul 10.15am aku pi makan , habis makan takut nak dok lama-lama p balik tengok tengok cis baru no .65 tunggu la aku lagi yang pelik no. tu kejap ke ataih kejab ke bawah kejap 69 kejap turun balik sampai no.74 lepaih ni giliran aku la plak .pop pop dia turun balik tension nyer aku .. dekat pukul 11.15am baru no. aku naik .. jumpa Dr. pompuan ok la Baik jugak Dr. nih ... dia suruh buat dressing .. kena pasang slap kaki .. ubat satu jenis KK ubat tahan sakit la tu . P dressing kaki ambik ubat ok tak la lama ..sampai la pi pasang back slap kaki ok la semua lancar ....
rumusan aku ..
Pi hospital nih memang jimat gila bayar $1 , boleh macam macam X-ray , ubat , check Dr. dan dressing cuci luka la .. dengan Dr. dan kakitangan yang lain bleh kata tak sombong la aku puji la dia orang nih .Kalau G swasta Pantai ka apa lagi siap RM400-RM600 agak jer kena ada dalam poket .
cuma nak komen sikit ..
Sistem Card yang dah ketinggalan zaman ..masa aku kecik sampai besar sistem yang sama depa dok pakai .Tak dak idea ka depa nih ..ka tak perihatin .
Sistem identified pasakit yang kurang memuaskan ..sepatut nya jurawat diarahkan membuat pengasingan jenis penyakit dan memberi arah saluran yang akan mempercepatkan kerja-kerja Dr.
Banyak lagi .. Dr. kena buat catatan tentang masa yang diambik untuk setiap pesakit baru la dia dapat agak performance dia .. speed dia tang mana nak improved tak la dia dok buang masa dok gebang lama-lama untuk tiap tiap pesakit .
ok la biar la depa pikiaq sendiri la plak , macam mana pon terimakasih untuk kakitangan Hospital Balik Pulau yang banyak berjasa tu .
Saturday, June 14, 2008
Sungai Pole
Sungai Pole ..
Asal usul .. Namanya diletakkan adalah asal daripada seorang India yang menjual kain yang jatuh kedalam sungai ketika meyeberangi sungai .Sebelum itu cuma titi batang Nyuir ( kelapa ) digunakan.Sebelum titi dipasang orang kampung menyeberangi sungai dengan mengharungi sungai .Kedalamannya tak tahu la pulak. Mula-mula titi batang nyiur selepas itu titi kayu masa itu aku ingat la lagi .. Tempat tu kalau malam seram la jugak .. titi pon selang seli sebab kayu yang reput tak diganti .
Mula dibina tak ingat la pulak (zaman emak ayah kot )tapi seingat aku sekitar lewat tahun 1970an mungkin titi kayu lagi kut lepas tu tahun 1980an jalan dah elok jambatan dah digantikan dengan sungai gelong kok bulat la nih diganti dengan U shape ,kereta lori lalu pon tak dak hal .. cuma sungai tu sempit la sikit dan cetek macam tak dak ayaq .
Sungai ini berpunca dari air bukit yang mengalir dari atas bukit Genting melalui Ceruk Cina Atau Genting Dalam .Pencemaran Najis Khinzir adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh penduduk kampung ,walaupon kini pencemarannya agak kurang .
Untuk yang tahu lebih tentang sejarah Sungai Pole itu boleh la komen sikit untuk Fakta sejarah.
Friday, June 13, 2008
Info Kampung
Info Kampung :
Kampung Ginting/Genting telah diberi nama oleh orang-orang tua dahulu dari kedudukannya terletak dilurah bukit yang digunakan sebagai lorong penjalan kaki oleh orang-orang yang tinggal di Teluk Kumbar Bayan Lepas ,Sungai Batu adalah sangat sempit , Jadi kesempitan Lurah tersebut telah meyebabkan ia dipanggil “ GENTING “ .
Kg Genting dilihat dari pandangan atas ..
Terdapat dua kawasan yang mewakili Kg Genting iaitu Kg Genting dan Genting Dalam .Genting Dalam diwakili kebanyakan penduduk yang beketurunan China dan Kg Genting luar dihuni oleh Keturunan Melayu.Walau bagaimana pun Kehidupan kemasyarakatan kedua dua keturunan atau bangsa adalah harmoni.
Kg Genting dan Genting Dalam lebih focus pada pertanian. Tanaman seperti Durian " King Fruit " adalah menjadi tanaman utama selain dari penternakan.
Salasilah Keluarga Odin bin Hj Idris@Deris ( Batu Bara @Batu Bahara , Sumatera ,Indonesia )
Salasilah Keluarga Odin bin Hj Idris@Deris ( Batu Bara @Batu Bahara , Sumatera ,Indonesia )
Dari pandangan saya keturunan Hj Idris @ Deris ini tidak dapat dikesan didalam ertikata telah terpisah diantara satu sama lain, dengan ini saya mengharap dalam lambaran ini dapat kita satukan semula dengan menyoal selidik waris keturunan masing2 sama ada terlibat atau mempunyai hubung kait keturunan keluarga HJ Idris, semoga semuanya akan berjaya, dengan kehendak dan izin dari yang maha esa, Insyaallah . Kebanyakan ahli keluarga kini menetap di Pulau Pinang, PJ Selangor, Kuala Lumpur,Kedah ,Perak dan selebihnya di serata Malaysia .
Keluarga Haji Idris di Balik Pulau ,Pulau PinangIsmail Bin Yein
314 Mk J Kg Genting
Balik Pulau ,11000
Pulau Pinang.
04-8668801
Info Sejarah
KAMPUNG GENTING , pada awal tahun 1800an adalah salah satu kawasan hutan belantara di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kedudukan kampung ini terletak disebelah kiri Jalan Raya , Jalan Teluk Kumbar ( Bukit Penara ) Menghala ke Pekan Balik Pulau dan disebelah kanan Jalan Pulau Betong menghala ke Pekan Balik Pulau .
Kampung ini terbahagi kepada Dua Kawasan , iaitu Kampung Genting Luar ( Mukim J ) dan Kampung Genting Dalam – Lereng Bukit ( Mukim 7 )
Kampung Genting adalah nama yang diambil daripada terbentuknya Dua Kemuncak anak bukit dari gugusan banjaran Bukit Penara yang TERGENTING dianatara satu sama lain ( Lurah / Valey ).
Kampung Genting ini telah diterokai oleh anak cucu TOK TERANG yang mana beliaulah orang pertama sekali yang menerokai Kampung Terang dan Kampung Genting pada tahun 1830an.
Pada awal penerokaan , kampung Genting adalah sebahagian daripada kawasan Kampung Terang. Oleh sebab penduduknya bertambah ramai , petukaran pucuk pemerintahan ( Orang Besar Jajahan ) British dan pertukaran pemimpin yang mentadbirkan Kampung Terang dari masa ke semasa.
Maka dengan persetujuan pucuk pemerintahan Daerah pada ketika itu ( Tahun 1920an ) telah membenarkan Kampung Genting ditadbirkan oleh anak-anak kariahnya sendiri.
Pada tahun 1952. pihak berkuasa- Penghulu Daerah dan Pegawai Daerah , Daerah Barat Daya telah sekali lagi
bermaufakat dan sepakat memecahkan sempadan kawasan kampung Terang dan Kampung Genting.
Bagi melincinkan lagi pentadbiran dan pengurusan kampung-kampung tersebut . Tindakan ini telah mendapat sambutan dan direstui oleh semua anak kariah kedua-dua kampong itu .
Diatas kemuafakatan ,tolenransi dan semagat muhibah diantara satu sama lain sehingga ke hari ini. Maka penduduk Kampung Genting telah mendapat banyak kemudahan asas,bantuan ,subsidi dan tujuk ajar daripada pihak-pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan ,Swasta , orang perseorangan termasuklah YB wakil Rakyaat yang terpilih dari masa kesemasa .
Kesimpulannya , dengan kerjasama yang erat terjalin diantara pucuk pemimpin dengan semua penduduk kampong yang jitu dengan kepimpinan berwawasan sering bertukar ganti secara permuafakatan dan tolenrasi , maka kehidupan harian di Kampung Genting adalah aman, damai , ceria dan muhibah sepanjang zaman.
Terimakasih kepada :-
1. Allahyarham Tuan Haji Othman Bin Jibah
2. Allahyarham Tuan Haji Long Bin Jibah
3. Tuan Haji Karim bin Mat Ros .
4. Penduduk kampung Genting .
Sekiranya ada maklumat untuk tambahan atau pembetulan