KAMPUNG GENTING , pada awal tahun 1800an adalah salah satu kawasan hutan belantara di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kedudukan kampung ini terletak disebelah kiri Jalan Raya , Jalan Teluk Kumbar ( Bukit Penara ) Menghala ke Pekan Balik Pulau dan disebelah kanan Jalan Pulau Betong menghala ke Pekan Balik Pulau .
Kampung ini terbahagi kepada Dua Kawasan , iaitu Kampung Genting Luar ( Mukim J ) dan Kampung Genting Dalam – Lereng Bukit ( Mukim 7 )
Kampung Genting adalah nama yang diambil daripada terbentuknya Dua Kemuncak anak bukit dari gugusan banjaran Bukit Penara yang TERGENTING dianatara satu sama lain ( Lurah / Valey ).
Kampung Genting ini telah diterokai oleh anak cucu TOK TERANG yang mana beliaulah orang pertama sekali yang menerokai Kampung Terang dan Kampung Genting pada tahun 1830an.
Pada awal penerokaan , kampung Genting adalah sebahagian daripada kawasan Kampung Terang. Oleh sebab penduduknya bertambah ramai , petukaran pucuk pemerintahan ( Orang Besar Jajahan ) British dan pertukaran pemimpin yang mentadbirkan Kampung Terang dari masa ke semasa.
Maka dengan persetujuan pucuk pemerintahan Daerah pada ketika itu ( Tahun 1920an ) telah membenarkan Kampung Genting ditadbirkan oleh anak-anak kariahnya sendiri.
Pada tahun 1952. pihak berkuasa- Penghulu Daerah dan Pegawai Daerah , Daerah Barat Daya telah sekali lagi
bermaufakat dan sepakat memecahkan sempadan kawasan kampung Terang dan Kampung Genting.
Bagi melincinkan lagi pentadbiran dan pengurusan kampung-kampung tersebut . Tindakan ini telah mendapat sambutan dan direstui oleh semua anak kariah kedua-dua kampong itu .
Diatas kemuafakatan ,tolenransi dan semagat muhibah diantara satu sama lain sehingga ke hari ini. Maka penduduk Kampung Genting telah mendapat banyak kemudahan asas,bantuan ,subsidi dan tujuk ajar daripada pihak-pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan ,Swasta , orang perseorangan termasuklah YB wakil Rakyaat yang terpilih dari masa kesemasa .
Kesimpulannya , dengan kerjasama yang erat terjalin diantara pucuk pemimpin dengan semua penduduk kampong yang jitu dengan kepimpinan berwawasan sering bertukar ganti secara permuafakatan dan tolenrasi , maka kehidupan harian di Kampung Genting adalah aman, damai , ceria dan muhibah sepanjang zaman.
Terimakasih kepada :-
1. Allahyarham Tuan Haji Othman Bin Jibah
2. Allahyarham Tuan Haji Long Bin Jibah
3. Tuan Haji Karim bin Mat Ros .
4. Penduduk kampung Genting .
Sekiranya ada maklumat untuk tambahan atau pembetulan
No comments:
Post a Comment