Assalamualaikum !!!
Selamat Datang and Welcome to kampung Genting esspecially my BLOG ... just to get together and latest update about our kampung .In other words to ensure our Siratul rahim will be last forever with good spirit and be united ... ..so hope all of you will enjoy to surf .
Any suggestion please direct or forward to me .......

Friday, August 29, 2008

RM10000 ... Pertandingan logo.Dari 800 penyertaan hasilnya !!! yang menang . What co-incident ??


Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian Hal-ehwal ekonomi Taiwan. copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit sahaja daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya. Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003. Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan. Logo adalah antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-15. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani. Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca.

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Manakala

warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Pematang Pauh & Budget 2009

DSAI masuk Parlimen Malaysia pada 28 Ogos 2008 setelah 10 tahun tidak menjejakan kaki di sana



Taniah pada Dato seri Anwar Ibrahim diatas kemenangan beliau di Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen P44 mengantikan Dato seri Wan Azizah . Sebagai rakyaat kita berharap Dato dapat memainkan peranan dalam mengimbangkan dan menjadi pengkritik kerajaan agar Malaysia akan menjadi lebih maju . Juga diharap Dato dapat menggunakan dewan parlimen sebagai tempat untuk berhujah untuk membela rakyaat .



Bagi saya sebagai rakyaat yang akan melihat dan mendengar dengan teliti tindakan-tindakan yang diambil oleh parti-parti politik sebagai pedoman untuk PRU13 . Menjadi rakyaat yang perihatin dengan masalah Agama, negara dan bangsa adalah teras kehidupan untuk masa hadapan.


Mengenai Budget 2009 yang baru dibentangkan , masih belum merujuk cuma yang tahu harga rokok naik lagi rm0.60 untuk 20 batang . ha ha hisap rokok daun la jawapnya .. Budget 2009 akan diulas tunggu ...


Tidor lagi !!!!!







Takziah pada Keluarga Syarill Jeffri

Assalamualaikum ...

Harapan saya agar ucapan Takziah kepada keluarga Syarill Jeffrri masih belum terlambat . Kepada Isteri beliau banyak la bersabar dan redhakan permergian arwah agar beliau ditempatkan bersama-sama orang solihin.

Permergian arwah agak mengejutkan semua sahabat dan rakan-rakan , masih tidak percaya dengan apa yang berlaku . Saya menerima lebih 30 panggillan talipon dari pada member -member menanyakan tetang arwah .

Arwah adalah rakan yang baik selalu merujuk atau berdiskus tentang banyak perkara termasuk peribadi .Arwah jugak kerap datang kerumah untuk berbincang tentang projek yang hendak dilakukan atau yang sedang beliau lakukan .

Permergian arwah adalah satu kehilangan bagi rakan-rakan dan amat terasa oleh rakan-rakan di kampung .Walau bagaimana pon sebagai insan kita tidak dapat tidak kena meredhakan permergian arwah dengan tenang . Apa yang kita dapat lakukan ialah panjatkan doa agar arwah tenang di sana dan harus diingat yang hidop itu pasti mati .. hanya amal yang akan kita bawa bersama , pangkat ,harta dan yang lain akan ditinggalkan .

Akhirkata .. Kita masih beruntung kerna arwah telah meninggalkan impact supaya kita bersama menyedari dan insaf tentang kehidupan yang sementara ini perlu disi sebaiknya dengan Amal Makruff Nahi Mungkar .. mari kita sedekahkan AL Fathiha 3x kepada arwah .


Meninggal pada 20hb August 2008
Syahrill Jeffri Bin Johari.
Meninggalkan isteri ( Suraya ) dan 2 org anak .

Wednesday, August 20, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .

Assalamualaikum, Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Dari itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.Selamat Berpuasa. Wassalam

Monday, August 18, 2008

Kenduri Khawin Inaz & Fendi



Kenduri Shafinaz dan Fendi berlangsung pada 16hb Ogos 2008 di Kg Genting dan 17 hbOgos 2008 di Gelugur. Ini adik paling bongsu paling kiut .Lega rasa bila semua dah selesai tinggal kenduri di Kuala Lumpur Ahad ini 23hbOgs 2008 . sebelum masok bulan Ramadhan lepas tu sibuk nak raya la plak ingat tak raya la aku .. sebab la nih pon dah start posa he heh ..















Cuaca hari kenduri Alhamdullilah mendung dan panas tak la gelabah sangat . Pagi angkat nikah dalam pukul 11.30am di Masjid Kg Genting,Balik Pulau ,Pulau Pinang.Difahamkan lebih dari 5 kenduri yang Tok Kadi kena attend untuk menikahkan pasangan pengatin.


Semoga di panjangkan umur dan dimurah rezeki dan kekal keakhir hayat .




Nak kena suap la pulak !!!!

Untuk gambar sepenuhnya klick link

http://picasaweb.google.com/fizisma/InazKhawin2





Tuesday, August 5, 2008

Kenangan lama semasa di Sekolah ....

Aku baru jer baca blog Tun ( Che Det ) terharu la juga semasa baca tu teringat nostagia lama-lama masa sekolah dulu . Tun cerita pasal Sekolah , cikgu dia and bapak dia ... aku punya cerita macam ni la pulak ..

List Sekolah aku yang aku ingat sampai mati ...

Darjah 1 - 3 Sekolah Rendah Kebangasaan Haji Mohd Shariff , Alor Setar , Kedah.
Darjah 4 - 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan , Port Dickson , N9.
Darjah 5 - 6 Sekolah Rendah St George, Balik Pulau
Darjah 6 Sekolah Rendah Riam Batu 6, Miri ,Serawak .

Ting. 1 - 2 Sekolah Menegah Dato Permaisuri ,Miri , Serawak.
Ting. 3 - 4 Sekolah Tinggi Kluang , Johor .
Ting. 5 Sekolah Menengah St George, Balik Pulau .

6 sekolah ko !! Yang best sekali , semua best . Kalau di kedah tu aku ingat lagi kawasan sekolah tu dekat dengan railway dan kawasan bendang . Kalau balik sekolah mesti belemuih orang kata sebab dok cari ikan .Kadang2 jatuh dalam bendang .kesian kat Mak kena dok basuh baju aku kasut nih hari -hari kena tukar .

Kenangan di Panglima Adnan - Sekolah nih ataih bukit kalau sebelah bawah ader Pantai tapi masa aku pi Johor lalu kot situ dah banyak berubah kat pantai tu dah jadi Kondo mewah ..Tak sangka aku .. Masa join Panglima depa letak aku dalam kelas paling pandai , dok periksa nih semua pass tu pon dok no kat belakang . tension aku !!! Kelas Biru lepas depa tendang pi kelas Hijau lepas tu masuk kelas Putih . Banyak ler color .Nak masuk kelas biru susah la .. case paling aku tak boleh ingat kena rotan sebab baling batu tepi kereta cikgu . Bukan baling kereta cuma main baling dekat kereta cikgu . Cikgu tu sayang kereta dia rotan aku ...

Balik sekolah kampung St George .. Kayuh basikal 4-5 batu la jugak sekolah dekat ader tapi saja seronok pi sekolah jauh-jauh ingat kot pandai cakap orang putih , habuk pon tarak . Kelas sini lawak sikit sebab cuma seorang jer budak pompuan ingat lagi nama dia Nor Azizah la nih depa kata dah jadi Dr. Yang lain tu Amin taukeh Nasi Campur kat padang Kongsi, Marzuki ( Western Digital) ,Ismail , Latif , Tan Siew Sang , Bee hoo ( Taukeh Kantin ), Anuar ( Kerja sendiri Sg Batu ) , Latiff ( doh jumpa kat depan Jabil ) , Dominic ( Cikgu ) ,Sugu ( Cikgu ) ,Kumar ( Cikgu ) , had lain -lain tu aku dah lupa .... sorry .

Di Miri , nih banyak jugak kenangan , Sekolah dia dalam Kem . Budak luar pun ader jugak join . Nama gang banyak dah lupa cuma aku ingat budak yang pakai tocng jer nama dia Salmah . Had lain tu Fauzi ( Kelantan ), Azadi ( Melaka ) , Man Putih ( Ganu ) , Man Ganu , Noraisah ( org Perlis ) ... had lain aku lupa dah .. Sekolah Menengah plak -- Rijayanto, Iskandar ,Fauzi ,James ,Roslan yang lain dah lupa .. Kenangan banyak tapi merapu ...

Balik dari Serawak sekolah di Kluang .. Last kelas 4 sains , kenangan terindah kenan rotan dengan cikgu disiplin Mr Narajan Singh member rapat Azmi ( Cikgu ) last jumpa di Jalan diary,Ipoh . Aku di Politeknik dia di Maktab Perguruan .

Last sekali balik ke St George ,Balik Pulau . Jumpa balik member lama ....

Untuk semua Cikgu-Cikgu , Thank for Everything, Jasa mu tak terbalas akan ku bawa hingga ke akhir hayat . Aku pon ader sekali pi interview cikgu tapi depa tak mau kot ha ha ha .

Monday, August 4, 2008

Projek seronok-seronok ..













Burung Nuri & Serindik
Nak bagi tau la ni projek Burung serindit dah dok mula ader kat 10 ekor , baru ambik lagi 4 ekor lepaih nih dok pelan nak masuk arnab , burung puyuh ..Lepaih tu mungkin nak masuk burung Lovebird ,burung Nuri and last sekali mungkin Gajah kot , ha haha ha .


Nampak macam nak jadi macam Zoo la pulak , buat masa nih projek nih kena pi slow-slow sebab budget sikit kena clear hutang dulo .eeee Kalau nak diikutkan memang nak buat semua cepat - cepat tapi melihatkan keadaan sekarang dengan cost yang giler-giler kena budget betul -betul sebab tu nak ternak yang senang bela saja .Kena tengok jenis tak banyak kerenah kalau tidak nanti botak kepala aku la pulak .


Burung tu hasil dia mungkin lambat la sikit ..
Arnab tengah dok cari baka induk dia jenis apa ? hasil dia pon tak tau lagi ..

Binatang nih semua bagi anak -anak aku jaga so duit yang dapat tu pandai -pandai dia orang la . pelan tu macam tu lah bagi depa train bisness sambil bekerja dan dapat duit tambahan buat belanja sekolah dan simpanan .Dah cakap kat depa kalau nak duit lebih pandai -pandai la bela dan jaga hasil boleh la kongsi tong-tong. Kalau depa minat pandai bagi masa Insyaalah boleh besarkan lagi cuma peringkat permulaan nih depa tak berapa tekun lagi sebab tak nampak hasil dia lagi .

Mungkin nak breifing depa sikit , apa yang depa boleh dapat dari hasil titik peluh depa macam mana nak realisasikan matlamat depa . So far Faza & Faris nampak ader minat Faidhi masih minat nak main lagi .

Gambar burung tu dari pixxyusri canti gambar tu ...


Spesis Dendlion .


Spesis French Lop



Spesis Snow-bunny
Nak tau banyak lagi tentang arnab pi la web ni
http://www.arnab-manja.blogspot.com/