Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian Hal-ehwal ekonomi Taiwan. copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit sahaja daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya. Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003. Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."
Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan. Logo adalah antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-15. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani. Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca.
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.
Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.
Manakala
warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

No comments:
Post a Comment