Assalamualaikum !!!
Selamat Datang and Welcome to kampung Genting esspecially my BLOG ... just to get together and latest update about our kampung .In other words to ensure our Siratul rahim will be last forever with good spirit and be united ... ..so hope all of you will enjoy to surf .
Any suggestion please direct or forward to me .......

Tuesday, September 23, 2008

SaLam AiDiL Fitri



Cerita Tentang MALAS-SELINGAN.

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dari aku.

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan , Tarawih dan More

Bila tiba bulan Ramadhan , umat Islam akan menunaikan tanggunjawab menunaikan sembahyang Tarawih ada yang buat 21 rakaat ada yang 11 rakaat .Masa bulan ramadhan dapat kita lihat orang ramai lelaki dan wanita ,kanak-kanak akan memenuhi Masjid ,surau untuk menunaikan tanggunjawab .

Begitu juga di kampung Genting , ramai yang menunaikan sembahyang berjamaah di Masjid , walaupon dilain bulan nampak lenggang tapi di bulan ramadhan ia agak meriah .Setahun sekali mahu tak mahu kita kena la paksa diri untuk berjamaah di Masjid . Banyak fadilatnya.

Kemeriahan Solat tarawih juga disertai dengan More selepas solat tarawih , bulan ramadhan boleh dikatakan agak meriah dengan jamuan More . Banyak sebab more ni diadakan. Ini pendapat akulah .. selain dapat meramaikan jemaah untuk hadir mungkin bulan ramadhan inilah penduduk kampung dapat berjumpa mengiratkan siratul rahim dengan adenya more dapatla lepak lama sikit kat masjid sambil berborak , dan banyak jugak tahlil dilakukan . Secara tak langsung ia dapat melatih orang ramai bersedekah dan macam-macam lagi tujuan baik .. Mengenai perkara-perkara bidaah tu tak payah la kita ulas kerana yang penting nawaitu sesaorang itu hanya dia dengan Allah sahaja yang mengetahui . Kalau dalam politik nampak perpecahan tapi denga adanya tarawih nih dapat la ia mencantumkan kembali puak-puak politikus nih .

Kanak-kanak , group nih memang cukup meriah dari aku kecik sampai la sekarang tak pernah berubah cuma cara nya mungkin lain sikit. Kalau dulu memang suka denga polis entry , cilut menyorok, galah panjang, mercun. Tapi sekarang depa main Futsal la plak.Pokoknya meriah ramai kanak -kanak tapi nak kira dalam masjid yang dok buat tarawih .. ingat sorang budak pon tarak .Kalau Ibubapa depa tak tarik dok sembahyang sekali pakai ada kat luar la dok main .

Apa pon .. Ramadhan amat bermakna pada setiap individu dalam pandangan masing-masing. Hari nih masuk hari yang ke 19 kita berpuasa ..... semoga Ramadhan kali ini akan dapat membuka lembaran baru pada semua . Akhir Selamat menyambut Nuzul Quran .

Tadi masa pergi kerja dapat tengok Kebakaran berlaku dekat Teluk Kumbar belakang Surau dekat kandang lembu kesian time tu dah dekat bukak posa .Pada keluarga yang mangsa kita harap dapat bersabar tak dapat bayangkan kalau terjadi pada kita.

Tuesday, September 16, 2008

Puasa: Adat atau ibadat

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN(WARTAWAN UTUSAN)
SEMPENA bulan Ramadan, telah menjadi kebiasaan kebanyakan masjid dan surau di negeri Pahang turut menganjurkan majlis tazkirah di pertengahan solat tarawih.
Dengan mengambil masa 15 minit hingga setengah jam, pelbagai teladan dan pengajaran dapat disampaikan. Yang menarik, pendengarnya adalah terdiri daripada golongan pelbagai peringkat usia - daripada yang tua, remaja hinggalah kanak-kanak.
Itulah rahmat bulan Ramadan. Jika bulan-bulan yang lain, sukar untuk melihat anak-anak muda memenuhi masjid dan surau, Ramadan membuktikan jati diri mereka masih kental.
Pun begitu, sebagai umat Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu fahami tentang Ramadan. Ini kerana, untuk menjadi mukmin yang sejati, kita bukan sahaja dituntut melaksanakan segala suruhan-Nya tetapi juga menjauhi perkara-perkara yang dilarang.
Hakikatnya, matlamat untuk menjadi mukmin sejati tidak akan tercapai jika kita tidak mampu membezakan antara amalan yang menjadi adat dan amalan yang menjadi ibadat.
Menurut Islam, adat itu ada yang baik dan ada pula yang buruk.
Bagi umat Islam, adat dapat menjadi sumber hukum apabila memenuhi tiga perkara iaitu: Pertama, tidak berlawanan dengan dalil al-Quran; kedua, tidak bertentangan dengan dalil al-hadis; dan ketiga, menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.
Antara perkara kebiasaan atau adat yang boleh menjadi ibadat dan diberi ganjaran pahala jika melakukannya ialah tidur, makan, minum, jual beli dan bekerja mencari rezeki.
Kesemua perbuatan tersebut jika dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka ia dikira ibadat. Malah kegiatan harian kita termasuk bersuci daripada hadas kecil dan besar juga dianggap sebagai ibadat jika disertakan dengan niat.
Niat yang dimaksudkan oleh para ahli fikah ada dua bentuk. Pertama, membezakan ibadat daripada adat. Contoh, seseorang yang berpuasa kerana semata-mata ingin menguruskan badan atau sebab perubatan atau tanpa sebab, ia dikira sebagai adat.
Sekiranya seseorang berbuat demikian kerana mendekatkan diri dengan Allah, maka perbuatan tersebut dikira ibadat. Begitu juga mereka yang duduk di dalam masjid.
Jika hanya berehat, itu dikira sekadar adat tetapi sekiranya beriktikaf, ia adalah ibadat.
Maka, umat Islam perlu memahami falsafah puasa supaya selaras dengan al-Quran dan sunah seterusnya mengelakkan ia daripada hanya menjadi adat semata-mata.
Antara perkara yang perlu dihindarkan ialah menyempitkan pengertian puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari sahaja. Sedangkan mata, lidah, hati dan telinga, tidak ditahan daripada terus melakukan dosa.

Salam Ramadhan ..

Dah masok 16 hari kita umat Islam mengerjakan ibadat puasa, Alhamdullilah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kita masih dapat beribadat dengan tenang . Dalam keresahan Rakyaat dengan isu-isu Politik , ISA , Minyak dan kenaikan harga barang . Kita masih dapat melihat orang ramai dipasar pasar ramadhan restoran-restoran dimana ia menunjukkan rakyaat tidak terjejas dengan masalah keewangan.Bagaimana pon kita sepatotnya lebih perihatin kerna masih ada lagi orang ramai yang tidak dapat mengecapi nikmat tersebut , syukur pada Illahi diatas rahmat nya .Hulurkan lah sedekah kepada yang kurang kemampuan agar mereka dapat mengecapi dan merasai apa yang kita rasai walaupon tidak sepenuhnya agar dapatlah kita membantu meringankan penderitaan saudara seagama .

Esok umat Islam akan menyambut Nuzul Quran , Dalam bulan yang baik seeloknya kita beribadat dan memohon rahmatnya ...

Sunday, September 7, 2008

Bahtera Nabi Nuh ..



Bahtera Nabi Nuh:
Segala Yang ingin kuketahui dapat kupelajari dari,
Bahtera Nabi Nuh!


SATU: Jangan sekali-kali ketinggalan kapal.

DUA: Ingatlah bahawa kita semua berada di dalam bahtera yang sama.

TIGA: Rancang kehadapan. Semasa Nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba musim hujan lagi.

EMPAT: Kekal Sihat. Anda mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang besar semasa usia anda 60 tahun.

LIMA: Ketepikan segala kritikan; Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.

ENAM: Tegakkan asas masa depan kamu di dataran yang tinggi.


TUJUH: Demi keselamatan semua, bergeraklah secara berpasangan.


LAPAN: Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah Siput dan cheetah juga berada dalam bahatera yang sama.

SEMBILAN: Jika anda rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.

SEPULUH: Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh para amatur; Titanic pula dibina oleh para profesional.

SEBELAS: Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apabila anda bersama-sama Allah s.w.t., kebahagiaan sentiasa menanti anda di hadapan.

Monday, September 1, 2008

Program Kampung Angkat Bersama Masyarakat Kampung Genting Dan Jabatan Perdana Menteri dibawah unit ICU serta USM .

Assallamualaikum !!

Program Kampung Angkat bersama masyarakat Kampung Genting dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dibawah unit ICU serta USM telah diadakan serperti berikut ...
Tempat - Perkarangan Masjid Kampung Genting.
Masa - 9.00 pagi - 1.00petang
Tarikh - 31hb . Ogos 2008.

Atucara Majlis.

8.00pg - 8.45 pg - Ketibaan penduduk Kampung
9.00pg - 11.00pg - Taklimat daripada JPM & USM.
11.00pg - 1.00ptg - Gotong - royong bersama penduduk dan pelajar USM.
- Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak berusia antara 6tahun hingga 12 tahun.
1.00ptg Jamuan makan Tengahari - telah disediakan .

Sebelum itu pada 3o hb Ogos bertempat di PLKN telah diadakan majlis Sambutan Ambang Merdeka . Bermula jam 8.00malam dan acara terhangat -mercun bunga api tepat jam 12.00mlm.

Ucapan dari YB. Farid turut hadir YB. Dr Helmi


Khusyuk mendengar ceramah program yang diberi ..


Sumbangan kepada penduduk Kg . disampaikan oleh YB Dr. Helmi.

Perserta dari student USM ..


Dari ICU , JPM.

Makan Berselerak .. ee
Peraduan mewarna ...
Sessi soal jawab Pelajar USM bersama Penduduk ...