Bila tiba bulan Ramadhan , umat Islam akan menunaikan tanggunjawab menunaikan sembahyang Tarawih ada yang buat 21 rakaat ada yang 11 rakaat .Masa bulan ramadhan dapat kita lihat orang ramai lelaki dan wanita ,kanak-kanak akan memenuhi Masjid ,surau untuk menunaikan tanggunjawab .
Begitu juga di kampung Genting , ramai yang menunaikan sembahyang berjamaah di Masjid , walaupon dilain bulan nampak lenggang tapi di bulan ramadhan ia agak meriah .Setahun sekali mahu tak mahu kita kena la paksa diri untuk berjamaah di Masjid . Banyak fadilatnya.
Kemeriahan Solat tarawih juga disertai dengan More selepas solat tarawih , bulan ramadhan boleh dikatakan agak meriah dengan jamuan More . Banyak sebab more ni diadakan. Ini pendapat akulah .. selain dapat meramaikan jemaah untuk hadir mungkin bulan ramadhan inilah penduduk kampung dapat berjumpa mengiratkan siratul rahim dengan adenya more dapatla lepak lama sikit kat masjid sambil berborak , dan banyak jugak tahlil dilakukan . Secara tak langsung ia dapat melatih orang ramai bersedekah dan macam-macam lagi tujuan baik .. Mengenai perkara-perkara bidaah tu tak payah la kita ulas kerana yang penting nawaitu sesaorang itu hanya dia dengan Allah sahaja yang mengetahui . Kalau dalam politik nampak perpecahan tapi denga adanya tarawih nih dapat la ia mencantumkan kembali puak-puak politikus nih .
Kanak-kanak , group nih memang cukup meriah dari aku kecik sampai la sekarang tak pernah berubah cuma cara nya mungkin lain sikit. Kalau dulu memang suka denga polis entry , cilut menyorok, galah panjang, mercun. Tapi sekarang depa main Futsal la plak.Pokoknya meriah ramai kanak -kanak tapi nak kira dalam masjid yang dok buat tarawih .. ingat sorang budak pon tarak .Kalau Ibubapa depa tak tarik dok sembahyang sekali pakai ada kat luar la dok main .
Apa pon .. Ramadhan amat bermakna pada setiap individu dalam pandangan masing-masing. Hari nih masuk hari yang ke 19 kita berpuasa ..... semoga Ramadhan kali ini akan dapat membuka lembaran baru pada semua . Akhir Selamat menyambut Nuzul Quran .
Tadi masa pergi kerja dapat tengok Kebakaran berlaku dekat Teluk Kumbar belakang Surau dekat kandang lembu kesian time tu dah dekat bukak posa .Pada keluarga yang mangsa kita harap dapat bersabar tak dapat bayangkan kalau terjadi pada kita.
No comments:
Post a Comment