Assalamualaikum !!!
Selamat Datang and Welcome to kampung Genting esspecially my BLOG ... just to get together and latest update about our kampung .In other words to ensure our Siratul rahim will be last forever with good spirit and be united ... ..so hope all of you will enjoy to surf .
Any suggestion please direct or forward to me .......

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Kelmarin telah menjadi sejarah , hari ini usia kita meningkat lagi esok tambah lagi usia.Sedar tak sedar umur kian meningkat ..sejarah lalu hanya menjadi kenangan untuk yang waras setiap sejarah pasti menjadi kenangan dan iktibar sebagai panduan untuk masa hadapan . Menjadi insan sempurna adalah matlamat walaupon realitinya pasti sukar dilalui .

Kg Genting jalan baru saja berturap ,nampak cantik Mat motor tersengih melihat trak yang baru termasuk la anak anak aku .Dah cakap dah larang dah habaq dah peringat terpulang la pada depa kalau nak seronok tu memang best nak sakit lagi best .Had sulung baru saja jatuh moto , had no 3 tu baru saja masuk parit depan rumah . tu pon cakap rahsia kat tok dia jagan habaq kat ayah.

Sekolah pon dah nak bukak tahun nih anak perempuan aku nak masuk sekolah darjah satu di Sekolah Rendah Chung Teik, Puas hati hantar pi sekolah Cina la pulak .Had kecik tu pon aku nak lepaih p sekolah cina la jugak .. sebabnya aku yang tau ... Kalau MB Perak boleh !!! depa dapat 1/2 pon jadilah ...

Tempat kerja pon tengah Shut down 2 minggu , gaji n bonus pon tak masuk masuk lagi tension
plan tu nak buat la macam-macam tapi dengan gaji yang masih dok pending nih apa pon tak bleh nak buat ..

Tuesday, December 9, 2008

CINTA SEORANG SUAMI....


CINTA SEORANG SUAMI... Based on True Story.. Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkansudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi denganmerawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudahlebih 32 tahun Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelahisterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama duatahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidakbertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, danmengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supayaisterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinyatersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidakbegitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan.Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepasmaghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang diaalami seharian. Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), paksuyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau denganisterinya setiap kali menjelang tidur. Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawatisterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekaranganak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua merekasambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluargamasing-masing. Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkanhanya satu: semua anaknya berjaya. Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami inginsekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dantidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidakizinkan kami menjaga ibu." Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ......... "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasaibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak denganberkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawatibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulungmerayu. Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kaliandi sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkankalian..." S ejenak kerongkongannya tersekat ... "Kalian yang selalu kurindukan hadirdi dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah diamenginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagiameninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawatoleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihatbutiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnyamata suami yang sangat dicintainya itu... Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untukmenjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara punmengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidakmampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yangkebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru... Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuahcinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur... Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihatdiapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir danbatinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 oranganak yang lucu dan baik-baik... Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah ... Dan itu merupakanujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atassajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segalakesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Thursday, October 16, 2008

GENERAL INFO - Gula

From: Norhisham Said
Sent: Thursday, October 16, 2008 2:54 PM
Subject: GENERAL INFO - Gula


Gula dan Bahayanya
============ =====
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.
Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak
langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga
adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang
lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!





Tuesday, September 23, 2008

SaLam AiDiL Fitri



Cerita Tentang MALAS-SELINGAN.

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dari aku.

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan , Tarawih dan More

Bila tiba bulan Ramadhan , umat Islam akan menunaikan tanggunjawab menunaikan sembahyang Tarawih ada yang buat 21 rakaat ada yang 11 rakaat .Masa bulan ramadhan dapat kita lihat orang ramai lelaki dan wanita ,kanak-kanak akan memenuhi Masjid ,surau untuk menunaikan tanggunjawab .

Begitu juga di kampung Genting , ramai yang menunaikan sembahyang berjamaah di Masjid , walaupon dilain bulan nampak lenggang tapi di bulan ramadhan ia agak meriah .Setahun sekali mahu tak mahu kita kena la paksa diri untuk berjamaah di Masjid . Banyak fadilatnya.

Kemeriahan Solat tarawih juga disertai dengan More selepas solat tarawih , bulan ramadhan boleh dikatakan agak meriah dengan jamuan More . Banyak sebab more ni diadakan. Ini pendapat akulah .. selain dapat meramaikan jemaah untuk hadir mungkin bulan ramadhan inilah penduduk kampung dapat berjumpa mengiratkan siratul rahim dengan adenya more dapatla lepak lama sikit kat masjid sambil berborak , dan banyak jugak tahlil dilakukan . Secara tak langsung ia dapat melatih orang ramai bersedekah dan macam-macam lagi tujuan baik .. Mengenai perkara-perkara bidaah tu tak payah la kita ulas kerana yang penting nawaitu sesaorang itu hanya dia dengan Allah sahaja yang mengetahui . Kalau dalam politik nampak perpecahan tapi denga adanya tarawih nih dapat la ia mencantumkan kembali puak-puak politikus nih .

Kanak-kanak , group nih memang cukup meriah dari aku kecik sampai la sekarang tak pernah berubah cuma cara nya mungkin lain sikit. Kalau dulu memang suka denga polis entry , cilut menyorok, galah panjang, mercun. Tapi sekarang depa main Futsal la plak.Pokoknya meriah ramai kanak -kanak tapi nak kira dalam masjid yang dok buat tarawih .. ingat sorang budak pon tarak .Kalau Ibubapa depa tak tarik dok sembahyang sekali pakai ada kat luar la dok main .

Apa pon .. Ramadhan amat bermakna pada setiap individu dalam pandangan masing-masing. Hari nih masuk hari yang ke 19 kita berpuasa ..... semoga Ramadhan kali ini akan dapat membuka lembaran baru pada semua . Akhir Selamat menyambut Nuzul Quran .

Tadi masa pergi kerja dapat tengok Kebakaran berlaku dekat Teluk Kumbar belakang Surau dekat kandang lembu kesian time tu dah dekat bukak posa .Pada keluarga yang mangsa kita harap dapat bersabar tak dapat bayangkan kalau terjadi pada kita.

Tuesday, September 16, 2008

Puasa: Adat atau ibadat

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN(WARTAWAN UTUSAN)
SEMPENA bulan Ramadan, telah menjadi kebiasaan kebanyakan masjid dan surau di negeri Pahang turut menganjurkan majlis tazkirah di pertengahan solat tarawih.
Dengan mengambil masa 15 minit hingga setengah jam, pelbagai teladan dan pengajaran dapat disampaikan. Yang menarik, pendengarnya adalah terdiri daripada golongan pelbagai peringkat usia - daripada yang tua, remaja hinggalah kanak-kanak.
Itulah rahmat bulan Ramadan. Jika bulan-bulan yang lain, sukar untuk melihat anak-anak muda memenuhi masjid dan surau, Ramadan membuktikan jati diri mereka masih kental.
Pun begitu, sebagai umat Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu fahami tentang Ramadan. Ini kerana, untuk menjadi mukmin yang sejati, kita bukan sahaja dituntut melaksanakan segala suruhan-Nya tetapi juga menjauhi perkara-perkara yang dilarang.
Hakikatnya, matlamat untuk menjadi mukmin sejati tidak akan tercapai jika kita tidak mampu membezakan antara amalan yang menjadi adat dan amalan yang menjadi ibadat.
Menurut Islam, adat itu ada yang baik dan ada pula yang buruk.
Bagi umat Islam, adat dapat menjadi sumber hukum apabila memenuhi tiga perkara iaitu: Pertama, tidak berlawanan dengan dalil al-Quran; kedua, tidak bertentangan dengan dalil al-hadis; dan ketiga, menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.
Antara perkara kebiasaan atau adat yang boleh menjadi ibadat dan diberi ganjaran pahala jika melakukannya ialah tidur, makan, minum, jual beli dan bekerja mencari rezeki.
Kesemua perbuatan tersebut jika dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka ia dikira ibadat. Malah kegiatan harian kita termasuk bersuci daripada hadas kecil dan besar juga dianggap sebagai ibadat jika disertakan dengan niat.
Niat yang dimaksudkan oleh para ahli fikah ada dua bentuk. Pertama, membezakan ibadat daripada adat. Contoh, seseorang yang berpuasa kerana semata-mata ingin menguruskan badan atau sebab perubatan atau tanpa sebab, ia dikira sebagai adat.
Sekiranya seseorang berbuat demikian kerana mendekatkan diri dengan Allah, maka perbuatan tersebut dikira ibadat. Begitu juga mereka yang duduk di dalam masjid.
Jika hanya berehat, itu dikira sekadar adat tetapi sekiranya beriktikaf, ia adalah ibadat.
Maka, umat Islam perlu memahami falsafah puasa supaya selaras dengan al-Quran dan sunah seterusnya mengelakkan ia daripada hanya menjadi adat semata-mata.
Antara perkara yang perlu dihindarkan ialah menyempitkan pengertian puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari sahaja. Sedangkan mata, lidah, hati dan telinga, tidak ditahan daripada terus melakukan dosa.

Salam Ramadhan ..

Dah masok 16 hari kita umat Islam mengerjakan ibadat puasa, Alhamdullilah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kita masih dapat beribadat dengan tenang . Dalam keresahan Rakyaat dengan isu-isu Politik , ISA , Minyak dan kenaikan harga barang . Kita masih dapat melihat orang ramai dipasar pasar ramadhan restoran-restoran dimana ia menunjukkan rakyaat tidak terjejas dengan masalah keewangan.Bagaimana pon kita sepatotnya lebih perihatin kerna masih ada lagi orang ramai yang tidak dapat mengecapi nikmat tersebut , syukur pada Illahi diatas rahmat nya .Hulurkan lah sedekah kepada yang kurang kemampuan agar mereka dapat mengecapi dan merasai apa yang kita rasai walaupon tidak sepenuhnya agar dapatlah kita membantu meringankan penderitaan saudara seagama .

Esok umat Islam akan menyambut Nuzul Quran , Dalam bulan yang baik seeloknya kita beribadat dan memohon rahmatnya ...

Sunday, September 7, 2008

Bahtera Nabi Nuh ..



Bahtera Nabi Nuh:
Segala Yang ingin kuketahui dapat kupelajari dari,
Bahtera Nabi Nuh!


SATU: Jangan sekali-kali ketinggalan kapal.

DUA: Ingatlah bahawa kita semua berada di dalam bahtera yang sama.

TIGA: Rancang kehadapan. Semasa Nabi Nuh membina bahteranya itu belum tiba musim hujan lagi.

EMPAT: Kekal Sihat. Anda mungkin diminta untuk melakukan sesuatu yang besar semasa usia anda 60 tahun.

LIMA: Ketepikan segala kritikan; Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.

ENAM: Tegakkan asas masa depan kamu di dataran yang tinggi.


TUJUH: Demi keselamatan semua, bergeraklah secara berpasangan.


LAPAN: Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah Siput dan cheetah juga berada dalam bahatera yang sama.

SEMBILAN: Jika anda rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.

SEPULUH: Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh para amatur; Titanic pula dibina oleh para profesional.

SEBELAS: Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apabila anda bersama-sama Allah s.w.t., kebahagiaan sentiasa menanti anda di hadapan.

Monday, September 1, 2008

Program Kampung Angkat Bersama Masyarakat Kampung Genting Dan Jabatan Perdana Menteri dibawah unit ICU serta USM .

Assallamualaikum !!

Program Kampung Angkat bersama masyarakat Kampung Genting dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dibawah unit ICU serta USM telah diadakan serperti berikut ...
Tempat - Perkarangan Masjid Kampung Genting.
Masa - 9.00 pagi - 1.00petang
Tarikh - 31hb . Ogos 2008.

Atucara Majlis.

8.00pg - 8.45 pg - Ketibaan penduduk Kampung
9.00pg - 11.00pg - Taklimat daripada JPM & USM.
11.00pg - 1.00ptg - Gotong - royong bersama penduduk dan pelajar USM.
- Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak berusia antara 6tahun hingga 12 tahun.
1.00ptg Jamuan makan Tengahari - telah disediakan .

Sebelum itu pada 3o hb Ogos bertempat di PLKN telah diadakan majlis Sambutan Ambang Merdeka . Bermula jam 8.00malam dan acara terhangat -mercun bunga api tepat jam 12.00mlm.

Ucapan dari YB. Farid turut hadir YB. Dr Helmi


Khusyuk mendengar ceramah program yang diberi ..


Sumbangan kepada penduduk Kg . disampaikan oleh YB Dr. Helmi.

Perserta dari student USM ..


Dari ICU , JPM.

Makan Berselerak .. ee
Peraduan mewarna ...
Sessi soal jawab Pelajar USM bersama Penduduk ...

Friday, August 29, 2008

RM10000 ... Pertandingan logo.Dari 800 penyertaan hasilnya !!! yang menang . What co-incident ??


Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian Hal-ehwal ekonomi Taiwan. copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit sahaja daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya. Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003. Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan. Logo adalah antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-15. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani. Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca.

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Manakala

warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Pematang Pauh & Budget 2009

DSAI masuk Parlimen Malaysia pada 28 Ogos 2008 setelah 10 tahun tidak menjejakan kaki di sana



Taniah pada Dato seri Anwar Ibrahim diatas kemenangan beliau di Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen P44 mengantikan Dato seri Wan Azizah . Sebagai rakyaat kita berharap Dato dapat memainkan peranan dalam mengimbangkan dan menjadi pengkritik kerajaan agar Malaysia akan menjadi lebih maju . Juga diharap Dato dapat menggunakan dewan parlimen sebagai tempat untuk berhujah untuk membela rakyaat .



Bagi saya sebagai rakyaat yang akan melihat dan mendengar dengan teliti tindakan-tindakan yang diambil oleh parti-parti politik sebagai pedoman untuk PRU13 . Menjadi rakyaat yang perihatin dengan masalah Agama, negara dan bangsa adalah teras kehidupan untuk masa hadapan.


Mengenai Budget 2009 yang baru dibentangkan , masih belum merujuk cuma yang tahu harga rokok naik lagi rm0.60 untuk 20 batang . ha ha hisap rokok daun la jawapnya .. Budget 2009 akan diulas tunggu ...


Tidor lagi !!!!!







Takziah pada Keluarga Syarill Jeffri

Assalamualaikum ...

Harapan saya agar ucapan Takziah kepada keluarga Syarill Jeffrri masih belum terlambat . Kepada Isteri beliau banyak la bersabar dan redhakan permergian arwah agar beliau ditempatkan bersama-sama orang solihin.

Permergian arwah agak mengejutkan semua sahabat dan rakan-rakan , masih tidak percaya dengan apa yang berlaku . Saya menerima lebih 30 panggillan talipon dari pada member -member menanyakan tetang arwah .

Arwah adalah rakan yang baik selalu merujuk atau berdiskus tentang banyak perkara termasuk peribadi .Arwah jugak kerap datang kerumah untuk berbincang tentang projek yang hendak dilakukan atau yang sedang beliau lakukan .

Permergian arwah adalah satu kehilangan bagi rakan-rakan dan amat terasa oleh rakan-rakan di kampung .Walau bagaimana pon sebagai insan kita tidak dapat tidak kena meredhakan permergian arwah dengan tenang . Apa yang kita dapat lakukan ialah panjatkan doa agar arwah tenang di sana dan harus diingat yang hidop itu pasti mati .. hanya amal yang akan kita bawa bersama , pangkat ,harta dan yang lain akan ditinggalkan .

Akhirkata .. Kita masih beruntung kerna arwah telah meninggalkan impact supaya kita bersama menyedari dan insaf tentang kehidupan yang sementara ini perlu disi sebaiknya dengan Amal Makruff Nahi Mungkar .. mari kita sedekahkan AL Fathiha 3x kepada arwah .


Meninggal pada 20hb August 2008
Syahrill Jeffri Bin Johari.
Meninggalkan isteri ( Suraya ) dan 2 org anak .

Wednesday, August 20, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .

Assalamualaikum, Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Dari itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.Selamat Berpuasa. Wassalam

Monday, August 18, 2008

Kenduri Khawin Inaz & Fendi



Kenduri Shafinaz dan Fendi berlangsung pada 16hb Ogos 2008 di Kg Genting dan 17 hbOgos 2008 di Gelugur. Ini adik paling bongsu paling kiut .Lega rasa bila semua dah selesai tinggal kenduri di Kuala Lumpur Ahad ini 23hbOgs 2008 . sebelum masok bulan Ramadhan lepas tu sibuk nak raya la plak ingat tak raya la aku .. sebab la nih pon dah start posa he heh ..















Cuaca hari kenduri Alhamdullilah mendung dan panas tak la gelabah sangat . Pagi angkat nikah dalam pukul 11.30am di Masjid Kg Genting,Balik Pulau ,Pulau Pinang.Difahamkan lebih dari 5 kenduri yang Tok Kadi kena attend untuk menikahkan pasangan pengatin.


Semoga di panjangkan umur dan dimurah rezeki dan kekal keakhir hayat .




Nak kena suap la pulak !!!!

Untuk gambar sepenuhnya klick link

http://picasaweb.google.com/fizisma/InazKhawin2





Tuesday, August 5, 2008

Kenangan lama semasa di Sekolah ....

Aku baru jer baca blog Tun ( Che Det ) terharu la juga semasa baca tu teringat nostagia lama-lama masa sekolah dulu . Tun cerita pasal Sekolah , cikgu dia and bapak dia ... aku punya cerita macam ni la pulak ..

List Sekolah aku yang aku ingat sampai mati ...

Darjah 1 - 3 Sekolah Rendah Kebangasaan Haji Mohd Shariff , Alor Setar , Kedah.
Darjah 4 - 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan , Port Dickson , N9.
Darjah 5 - 6 Sekolah Rendah St George, Balik Pulau
Darjah 6 Sekolah Rendah Riam Batu 6, Miri ,Serawak .

Ting. 1 - 2 Sekolah Menegah Dato Permaisuri ,Miri , Serawak.
Ting. 3 - 4 Sekolah Tinggi Kluang , Johor .
Ting. 5 Sekolah Menengah St George, Balik Pulau .

6 sekolah ko !! Yang best sekali , semua best . Kalau di kedah tu aku ingat lagi kawasan sekolah tu dekat dengan railway dan kawasan bendang . Kalau balik sekolah mesti belemuih orang kata sebab dok cari ikan .Kadang2 jatuh dalam bendang .kesian kat Mak kena dok basuh baju aku kasut nih hari -hari kena tukar .

Kenangan di Panglima Adnan - Sekolah nih ataih bukit kalau sebelah bawah ader Pantai tapi masa aku pi Johor lalu kot situ dah banyak berubah kat pantai tu dah jadi Kondo mewah ..Tak sangka aku .. Masa join Panglima depa letak aku dalam kelas paling pandai , dok periksa nih semua pass tu pon dok no kat belakang . tension aku !!! Kelas Biru lepas depa tendang pi kelas Hijau lepas tu masuk kelas Putih . Banyak ler color .Nak masuk kelas biru susah la .. case paling aku tak boleh ingat kena rotan sebab baling batu tepi kereta cikgu . Bukan baling kereta cuma main baling dekat kereta cikgu . Cikgu tu sayang kereta dia rotan aku ...

Balik sekolah kampung St George .. Kayuh basikal 4-5 batu la jugak sekolah dekat ader tapi saja seronok pi sekolah jauh-jauh ingat kot pandai cakap orang putih , habuk pon tarak . Kelas sini lawak sikit sebab cuma seorang jer budak pompuan ingat lagi nama dia Nor Azizah la nih depa kata dah jadi Dr. Yang lain tu Amin taukeh Nasi Campur kat padang Kongsi, Marzuki ( Western Digital) ,Ismail , Latif , Tan Siew Sang , Bee hoo ( Taukeh Kantin ), Anuar ( Kerja sendiri Sg Batu ) , Latiff ( doh jumpa kat depan Jabil ) , Dominic ( Cikgu ) ,Sugu ( Cikgu ) ,Kumar ( Cikgu ) , had lain -lain tu aku dah lupa .... sorry .

Di Miri , nih banyak jugak kenangan , Sekolah dia dalam Kem . Budak luar pun ader jugak join . Nama gang banyak dah lupa cuma aku ingat budak yang pakai tocng jer nama dia Salmah . Had lain tu Fauzi ( Kelantan ), Azadi ( Melaka ) , Man Putih ( Ganu ) , Man Ganu , Noraisah ( org Perlis ) ... had lain aku lupa dah .. Sekolah Menengah plak -- Rijayanto, Iskandar ,Fauzi ,James ,Roslan yang lain dah lupa .. Kenangan banyak tapi merapu ...

Balik dari Serawak sekolah di Kluang .. Last kelas 4 sains , kenangan terindah kenan rotan dengan cikgu disiplin Mr Narajan Singh member rapat Azmi ( Cikgu ) last jumpa di Jalan diary,Ipoh . Aku di Politeknik dia di Maktab Perguruan .

Last sekali balik ke St George ,Balik Pulau . Jumpa balik member lama ....

Untuk semua Cikgu-Cikgu , Thank for Everything, Jasa mu tak terbalas akan ku bawa hingga ke akhir hayat . Aku pon ader sekali pi interview cikgu tapi depa tak mau kot ha ha ha .

Monday, August 4, 2008

Projek seronok-seronok ..













Burung Nuri & Serindik
Nak bagi tau la ni projek Burung serindit dah dok mula ader kat 10 ekor , baru ambik lagi 4 ekor lepaih nih dok pelan nak masuk arnab , burung puyuh ..Lepaih tu mungkin nak masuk burung Lovebird ,burung Nuri and last sekali mungkin Gajah kot , ha haha ha .


Nampak macam nak jadi macam Zoo la pulak , buat masa nih projek nih kena pi slow-slow sebab budget sikit kena clear hutang dulo .eeee Kalau nak diikutkan memang nak buat semua cepat - cepat tapi melihatkan keadaan sekarang dengan cost yang giler-giler kena budget betul -betul sebab tu nak ternak yang senang bela saja .Kena tengok jenis tak banyak kerenah kalau tidak nanti botak kepala aku la pulak .


Burung tu hasil dia mungkin lambat la sikit ..
Arnab tengah dok cari baka induk dia jenis apa ? hasil dia pon tak tau lagi ..

Binatang nih semua bagi anak -anak aku jaga so duit yang dapat tu pandai -pandai dia orang la . pelan tu macam tu lah bagi depa train bisness sambil bekerja dan dapat duit tambahan buat belanja sekolah dan simpanan .Dah cakap kat depa kalau nak duit lebih pandai -pandai la bela dan jaga hasil boleh la kongsi tong-tong. Kalau depa minat pandai bagi masa Insyaalah boleh besarkan lagi cuma peringkat permulaan nih depa tak berapa tekun lagi sebab tak nampak hasil dia lagi .

Mungkin nak breifing depa sikit , apa yang depa boleh dapat dari hasil titik peluh depa macam mana nak realisasikan matlamat depa . So far Faza & Faris nampak ader minat Faidhi masih minat nak main lagi .

Gambar burung tu dari pixxyusri canti gambar tu ...


Spesis Dendlion .


Spesis French Lop



Spesis Snow-bunny
Nak tau banyak lagi tentang arnab pi la web ni
http://www.arnab-manja.blogspot.com/


Monday, July 21, 2008

Al Fatihah ..

ZAMZARI .. dalam kenangan . 15 tahun tak jumpa kot ..

Pagi tadi aku singgah di rumah Arwah member lama .Al Fatihah semoga Allah meletakkan beliau bersama sama orang suhada. Arwah Aku kenal di Robert Bosch dan adik arwah Marzuki satu Badge dengan aku semasa di Politeknik.. Arwah baru berumur 42 Tahun muda lagi aku muda sikit .. dari cerita arwah tak dak sakit apa pon lepas coaching main bola untuk kilang dia masa dok relex arwah sesak nafas dan dihantar ke hospital . Mungkin masa dah tiba yang hidop pasti mati dan tidak dapat lari dari seruan illahi .


Kita yang masih hidop nih patutlah insaf dan berlaku baik semasa hayat dikandung badan kerna hidup dan mati adalah ketentuan Allah . Mungkin esok lusa atau ketika ini semua boleh terjadi atas ketentuan Allah .

Balik pada arwah yang aku kenali beliau memang periang rabung gila , tak dak problem dengan dia nih boleh dikatakan beliau memang bagi member lain happy . Tak senyum pon macam senyum .Kenangan konvoi ke Lumut aku kena tolak motor arwah dari Lumut sampai Penang memang dalam kenangan .. memang challenging giler .Tapi macammana pon berjaya sampai sg Tiram. Gambar dengan arwah entah ader ker tidak. apa pon dalam ingatan aku masih segar.


ok untuk Family arwah dan Marzuki redahkanlah permegian ini atas pangilan Illahi ,bersamalah kita memancatkan doa semoga roh arwah dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama para suhada . Al Fatihah.



Nih gambar masa Konvoi ke Lumut , dah lama gambar nih yang aku save dulu buat kenangan.Masa nih tengah muda lagi 20an .Bujang lagi.

My Family



Macam orang selalu kata " Rumah ku Syurga Ku " . Nih la Keluarga Besar aku walaupon tak cukup besar tapi rasa macam dah cukup besar . Mama dia kata tak larat dah ... mana tidak tengah dok relax tau -tau mai sorang lagi . pehhh dengan aku sekali kena jaga malam balik .
Untuk yang kecik nih la banyak yang aku buat dari bagi mandi ,tukar lampin pokoknya semualer aku buat . Kalau dulu semua orang tolong Mak aku lah Mak mentua la Nenek dia orang la , bleh la aku relax sikit . Tapi untuk had no.5 terpaksa la aku kena buat sebab mak aku mak mentua semua dah tak larat .

Kalau kerenah nih memang pening kepala , semuanya akal banyak .. baca buku semua tak mau tanya cita-cita macam-macam yang tu mau yang nih mau tapi habuk pon tarak . La nih depa dok syok bela ikan , Dalam rumah luar rumah ,kat dapor semua ada ikan sampai dalam bilik mandi pon ada ikan ...

Had no.1 n no.2 Faza n Faris dok gila nak p belajar Tomoi plak , Faidhi aku tak bagi p sebab kecik lagi sungguh badan dia besar takut esok depa tomoi aku plak . so far nih depa ok .
Yang pompuan senang jaga sikit tu pon kalau main dengan abg-abg dia pon jadi macam abg dia la jugak tapi last-last mesti dengaq keriau dulu (menanggis la tu ) baru depa habih main .
Anak-anak aku nih kalau tanya semua tak tau , had depa baru buat pon kalau tanya tak tau .
Kalau suruh buat kerja tu semua nanti sat .. aku dulu pon macam tu jugak kot sebab tu turun ke anak.Mama depa kalau beleter aku pon tak tahan sebab tu kalau mama depa dok Marah-marah aku suruh depa belah sebab aku pon tak boleh tahan . Gila laser habih ...
OK la ..apa pon tanpa Isteri dan anak-anak siapa la aku . Untuk Family ku .. Thank 4 everything . Andainya aku telah tiada kenangilah detik-detik ketika kita bersama .Aba bangga menjadi Suami dan ayah pada kamu semua , andai ada yang terkurang dan salah silap harap maafkan Aba kerana sebagai manusia kita pasti ada kelemahan secara sedar atau tidak.
Nasihat untuk anak-anak Aba "Belajarlah untuk Kejayaan Diri demi Agama,Keluarga,Bangsa dan Negara".


Dari kiri :Muhammad Faidhi,Muhammad Faris, Shafizi,Nurfilzahanis,Maslinda ,
Muhammad Faza.

Muhammad Faiz 6 bulan latest ...

Nurfilzahanis 6 Tahun , di sekolah nama Zahanis ( nama China )


Muhammad Faidhi 10 Tahun ,
Sekolah Rendah Kebangsaan Genting ,
Balik Pulau , Pulau Pinang.


Muhammad Faris 13 tahun , Sekolah Menengah Seri, Balik Pulau,Pulau Pinang.


Muhammad Faza 15 tahun ,Sekolah Menengah Seri ,Balik Pulau,Pulau Pinang .

Sunday, July 20, 2008

Solat Qasar dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu). iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram. iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib. ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'. ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram. iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu. iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua. v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Friday, July 18, 2008

Confius !!! Banyak yang confius tentang ini ..

Saje nak bagi tau sebenarnya memang ader kekeliruan disini sebab ketua kampung antara Kg Genting dan Kg Terang nih .. cerita dia lagu nih . Ketua kampung Genting memang tinggal di Kg Terang dan Ketua Kampung Terang tinggal di Kg Genting .

Tapi hakikatnya mereka memerintah di kampung yang lain sebabnya kg Genting dan Kg Terang nih sememangnya mempunyai sejarah yang unik dan penduduknya pun sememangnya unik jugak .Boleh kata 70% penduduk Kg Genting tinggal di Kampung Terang dan lebih kurang 30% penduduk Kg Terang plak tinggal di Kg Genting .

Ini semua terjadi mungkin kerana Tanah pemilikan , dan mungkin kerna Kg Genting dan Kg Terang nih dulunya memang asal satu Kampung . Dik kerna fahaman yang berbeda mungkin juga Kg ini terpisah menjadi dua tapi hakikatnya masih bersaudara dekat .

Memang confius terutama bila ader Kenduri sebelah menyebelah dan kematian . Jenazah yang tinggal di Kg Terang tapi disimpan di Kg Genting , had Di Kg Genting tapi jenazah di simpan di Kg Terang .

Mungkin orang luar akan melihat ini dengan rasa pelik dan mungkin jugak lucu tapi itulah hakikatnya , untuk orang kg Terang dan kg Genting dah tak jadi masaalah .... small matter
.Pening pon pening lah .


Ketua Kampung Genting .
Qaryah Kampung Genting.
Pengerusi : Encik Othman Bin Yean
80 Mk J, Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.


Ketua Kampung Terang.
Qaryah Kampung Terang.
Pengerusi : Tuan Haji Saad Bin Haliff
343, Mk J, Kampung Genting
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.
Kalau ader yang baru tak tau la plak .. nih had lama la kot ..
Pengerusi : Encik Othman Bin Yean
80, Mk J, Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang.
Pengerusi : Tuan Haji Abdul Hamid Bin Abu Hassan
156, Mk J Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

Dimana lagi ada Kg Genting ?

Dalam dok search kg genting nih aku perasan dalam Malaysia nih bukan kampung aku aja yang nama Kg Genting ,rupanya banyak lagi so kat bawah tu ader la tiga tempat yang aku jumpa satu di Pahang, 2 di Selangor Klang& Batang Kali . So Kena la aku promote kuat lagi Kg Genting , Balik Pulau , Pulau Pinang . Mungkin sejarah nya yang berbeda .. tapi orangnya orang Malaysia jugak .

Kg . Genting , Pulau Tioman
http://portal.pahangtourism.org.my/?act=acco&cat=17&page=6

Kg. Genting , Klang
http://www.dromoz.com/directory/wilayah_persekutuan/kuala_lumpur/postcode_53100/17555/

KG. GENTING MALIK, BATANG KALI, SELANGOR DARUL EHSAN
http://www.huluselangor.info/jkkk_online/jkkk_kg_genting_malik.htm

Wednesday, July 9, 2008

Pekan Genting or Simpang Empat.

Pekan Simpang Empat yang kini bertukar wajah , dengan terdirinya deritan kedai -kedai Baru ia telah merubah wajah pekan yang dulunya lebih kelihatan seperti Pekan Koboi. Dengan pertambahan penduduk sekitar wajah nya kini telah berubah .. Searis kedai lama telah dirobohkan untuk pembinaan Sekolah Agama . Kedai Kopi ,Kedai runcit Anuar , Kedai Gunting Rambut dan rumah kedai telah dirobohkan tak lama dulu untuk memberi laluan pada pembinaan Sekolah Agama.Hanya masa yang akan tentukan bila lagi kedai lama yang lain akan menerima nasib yang sama atas dasar pembangunan. Dengan harga yang melangkau ratusan ribu mampu kah kita orang Melayu bersaing ... aku ingat nak satu lot .














Tuesday, July 8, 2008

Masjid Kg Genting ...





Masjid Kg Genting mula dibina pada tahun 1960.Asalnya surau dan digantikan dengan Masjid .Pada masa itu hanya pagar jerjak besi sahaja yang menjadi dinding. Ada pokok buluh ditepi telaga disebelah kiri masjid.


Bentok asal nya tak ada balai lintang dikiri kanan,bumbung rasanya masih dalam bentuk asal cuma dulu pakai atap genting sekarang atap asbestos.


Banyak sejarah masjid nih , paling seronok Malam bulan puasa ... banyak yang dah lupa .Kalau siapa yang masih ingat tolong bagi comment ...




NAMA & SEJARAH KAMPUNG

Sejarah Kampung :
Kampung Genting telah diberi nama oleh orang-orang tua dahulu dari kedudukannya terletak dilurah bukit yang digunakan sebagai lorong penjalan kaki oleh orang-orang yang tinggal di Teluk Kumbar Bayan Lepas ,Sungai Batu adalah sangat sempit , Jadi kesempitan Lurah tersebut telah meyebabkan ia dipanggil “ GENTING “

Friday, July 4, 2008

Protes sejuta rakyat ..UMNO takkan buat nya..







Apakah protes rakyaat akan di dengar oleh seorang yang sedang tidor ..saya pantang dicabar ,tak tahu ,nanti kita siasat . Ini yang kerap kita dengar .Adakah ini realiti atau fantasi ,apa yang kita lihat dengan banyak keputusan flip flop yang dibuat mampukah rakyaat bertahan dengan sendiwara ini.

Turun la kalau tak mampu !!
Carilah jalan terbaik untuk Rakyaat .

Macam mana ko buat dekat Tun Sri Dr Mahathir ( Che Det ) itu lah yang ko kan dapat ,




Tengah dok cari ilham ....

Kenaikan harga Minyak


Kenaikan harga minyak , sememangnya isu ini begitu hangat diperkatakan tetapi dik kerna hangat lagi isu politik yang serba sidikit menengelamkan isu harga minyak ,adakah isu politik ini bertujuan untuk membutakan rakyaat atau sememangnya ia adalah isu politik ? kemelut penasihat PKR Anuar Ibrahim dengan isu LIWAT dan isu Najib dengan isu Altantuya telah mengurangkan impact rakyaat dalam mengatakan isu minyak dan kenaikan harga letrik .

Apakah suara rakyaat cuba ditenggelamkan oleh Pak Lah n KJ ? semuanya menjadi teka-teki apa pon dengan apa pon kontrovesi yang sedang melanda sedikit pon tidak menyelamatkan rakyaat marhain dari dibelenggu dengan masalah keewangan.
Media juga lesu dalam menterjemahkan masalah rakyaat yang rata-rata tersepit di tengah2
masalah yang bukan masaalah mereka.

Secara tak langsung telah mengheret aku dalam kancah masalah kewangan ... Terimakasih Pak Lah.

Sunday, June 22, 2008

Titah Raja Muda Perak ...

‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

petikan daripada titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada satu majlis di Kuala Kangsar, Perak, kelmarin.

Saturday, June 21, 2008

Kos Hospital Kerajaan.. Hospital Balik Pulau .

Minggu nih aku pi Hospital Kerajaan , kalau saja saja tak mungkin kot .Paham paham lah masa kita akan terbuang macam tu saja .. Masa menunggu kalau nasib baik 1 jam kalau tak baik macam aku satu hari pon tak cukup .

Baru nih anak aku jatuh basikal bawak ke klinik tapi Dr. klinik suruh la pi hospital sebab takut tulang kaki anak aku tu retak . Dekat klinik dia tak dak kemudahan x-ray.Aku pon bawak anak aku pi Hospital jam 9.30pm wad kecemasan ambik no. depan aku tu adalah 5 orang lagi awal pada aku .. tunggu la aku yang tak makan apa lagi sama la dengan anak aku . tau pukul berapa aku masuk check 11.50pm . Periksa lepaih tu suruh tunggu luar untuk x-ray . Had yang dok nak x-ray ader kat rumah .depa kena call baru dia bleh mai .. tunggu la aku dengan anak aku yang tak makan lagi pedih perut-perut . dalam 12.15am dia panggil dia cakap Dr. tak dak kena pi GH . aku tau la ader kecemasan masa aku sampai tadi pon depa dok layan kecemasan . Tak pa la lambat tak kisah lah .. Dia cakap aku kena mai esok untuk jumpa Dr. Ok la aku paham ..

Terpaksala aku ambil cuti plak , Esok pagi pukol 8.00am aku dah sampai ambik card dekat wad kecemasan lepas tu g la ambik x-ray cepat la jugak tak dak orang lepas tu g mbik no. Masa aku sampai dah no. 30 , aku bagi card aku dekat counter pi la duduk tunggu .. sampai no. 55 tapi no aku tak dapat lagi dah pukul 10.00am tension nya aku dok tengok had mai lambat pada aku dah dapat no. Nasib baik la aku dah buang aku punya panas baran aku ..relax la tunggu sat anak aku pon dah lentok . Tak boleh jadi aku terus p tanya , tengok card aku dah ada terus jer dapat .. punya tension yang aku dok tunggu punya la lama nak pi makan pon tak boleh . Lepas tu dapat la no .75 tak la jauh sangat boleh la p makan .. dekat pukul 10.15am aku pi makan , habis makan takut nak dok lama-lama p balik tengok tengok cis baru no .65 tunggu la aku lagi yang pelik no. tu kejap ke ataih kejab ke bawah kejap 69 kejap turun balik sampai no.74 lepaih ni giliran aku la plak .pop pop dia turun balik tension nyer aku .. dekat pukul 11.15am baru no. aku naik .. jumpa Dr. pompuan ok la Baik jugak Dr. nih ... dia suruh buat dressing .. kena pasang slap kaki .. ubat satu jenis KK ubat tahan sakit la tu . P dressing kaki ambik ubat ok tak la lama ..sampai la pi pasang back slap kaki ok la semua lancar ....

rumusan aku ..
Pi hospital nih memang jimat gila bayar $1 , boleh macam macam X-ray , ubat , check Dr. dan dressing cuci luka la .. dengan Dr. dan kakitangan yang lain bleh kata tak sombong la aku puji la dia orang nih .Kalau G swasta Pantai ka apa lagi siap RM400-RM600 agak jer kena ada dalam poket .

cuma nak komen sikit ..

Sistem Card yang dah ketinggalan zaman ..masa aku kecik sampai besar sistem yang sama depa dok pakai .Tak dak idea ka depa nih ..ka tak perihatin .
Sistem identified pasakit yang kurang memuaskan ..sepatut nya jurawat diarahkan membuat pengasingan jenis penyakit dan memberi arah saluran yang akan mempercepatkan kerja-kerja Dr.
Banyak lagi .. Dr. kena buat catatan tentang masa yang diambik untuk setiap pesakit baru la dia dapat agak performance dia .. speed dia tang mana nak improved tak la dia dok buang masa dok gebang lama-lama untuk tiap tiap pesakit .

ok la biar la depa pikiaq sendiri la plak , macam mana pon terimakasih untuk kakitangan Hospital Balik Pulau yang banyak berjasa tu .

Saturday, June 14, 2008

Sungai Pole





Sungai Pole ..










Asal usul .. Namanya diletakkan adalah asal daripada seorang India yang menjual kain yang jatuh kedalam sungai ketika meyeberangi sungai .Sebelum itu cuma titi batang Nyuir ( kelapa ) digunakan.Sebelum titi dipasang orang kampung menyeberangi sungai dengan mengharungi sungai .Kedalamannya tak tahu la pulak. Mula-mula titi batang nyiur selepas itu titi kayu masa itu aku ingat la lagi .. Tempat tu kalau malam seram la jugak .. titi pon selang seli sebab kayu yang reput tak diganti .












Mula dibina tak ingat la pulak (zaman emak ayah kot )tapi seingat aku sekitar lewat tahun 1970an mungkin titi kayu lagi kut lepas tu tahun 1980an jalan dah elok jambatan dah digantikan dengan sungai gelong kok bulat la nih diganti dengan U shape ,kereta lori lalu pon tak dak hal .. cuma sungai tu sempit la sikit dan cetek macam tak dak ayaq .

Sungai ini berpunca dari air bukit yang mengalir dari atas bukit Genting melalui Ceruk Cina Atau Genting Dalam .Pencemaran Najis Khinzir adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh penduduk kampung ,walaupon kini pencemarannya agak kurang .


Untuk yang tahu lebih tentang sejarah Sungai Pole itu boleh la komen sikit untuk Fakta sejarah.